Kontroversi Hayden Kho

Pada Mei 2009, sekurang-kurangnya 40 video seks dengan beberapa orang perempuan termasuklah aktres Katrina Halili dan Maricar Reyes serta seorang peragawati Brazil telah tersebar di internet tanpa keizinannya.[2][3] Halili kemudian menyaman Kho kerana merakam aksi seks mereka berdua tanpa keizinannya. Ibu Kho, Irene Kho menyalahkan Halili yang dikatakan sebagai penagih dadah kerana menyebabkan anak lelakinya menjadi penagih dadah.[4] Kes yang dikemukakan Halili terhadap Kho digugurkan pada 15 Disember 2010.[5] Hayden menamakan Bistek and kawan lain Eric Chua sebagai dalang yang mungkin bagi penyebaran video-video tersebut secara tidak sah.[6]

Satu video yang menayangkan Kho dan Halili menari bersama yang bocor menjadi tumpuan sensasi di internet.[7]

Pada tahun 2009, Suruhanjaya Pengawalan Professional (Professional Regulation Commission, PRC),telah membatalkan lesen perubatan seminggu selepas siasatan yang dijalankan oleh lembaga perubatan suruhanjaya tersebut.[8]

Pada tahun 2011, aktres Sharon Cuneta yang dikenali sebagai bintang mega dunia hiburan Filipina berasa jengkel dengan Kho kerana memuatkan di akaun Twitternya pada 28 January 2011:

“There’s a billboard ad in EDSA developed by advertisers who think consumer are stupid. Guess.” 

("Terdapat satu iklan papan iklan di EDSA yang dibangunkan oleh pengiklan-pengiklan yang fikir pengguna adalah bodoh. Tekalah.")

Bintang mega itu percaya bahawa Kho merujuk pada papan iklan Marie France kontroversinya yang menunjukkan Cuneta yang sihat lawan versinya yang lebih ramping. Papan iklan itu telah dikritik kerana dikatakan tidak memaparkan perkara yang sebenarnya.

Ujar Cuneta: "“Kung totoo ‘yon, ang kapal ng mukha niya. Tapos, mambabastos siya? As far as I'm concerned, stupid people shouldn't comment on what is stupid or not. If I may add to that: Decent people are [the only] people I would like to listen to. Not those who do not know the meaning of decency. And who treat women like they're nothing! Excuse me”.

("[Ayat bahasa Tagalog]. Setakat yang saya tahu, orang bodoh seharusnya tidak mengulas mengenai apa yang bodoh atau tidak. Bukan mereka yang tidak tahu makna tatasusila. Dan orang yang melayan perempuan seolah-olah mereka tidak bernilai! Tolonglah ya".)[9]

Kho kemudiannya memuatkan dalam twitternya pada 9 Februari 2011:"Wow, i wasn't referring to the MF billboard. I was referring to the "L**D" that's supposed to be a LOURDES. Dahan-dahan naman po."("Wow, saya tidak merujuk pada papan iklan MF. Saya merujuk pada "L**D" yang sepatutnya ditulis sebagai LOURDES. [Ayat bahasa Tagalog].[10]

Rujukan

WikiPedia: Hayden Kho http://www.abs-cbn.com/Feature/Article/3777/Dr-Bis... http://www.abs-cbnnews.com/entertainment/02/09/11/... http://www.abs-cbnnews.com/entertainment/06/30/11/... http://www.abs-cbnnews.com/nation/05/28/09/senate-... http://www.imdb.com/name/nm2889801/ http://www.philstar.com/Article.aspx?articleid=639... http://www.youtube.com/watch?v=txJlBZBStsQ http://newsinfo.inquirer.net/breakingnews/nation/v... http://newsinfo.inquirer.net/inquirerheadlines/nat... http://www.mb.com.ph/articles/326060/quark-henares...